Sunday 20 March 2011

Aku, Kau, Dia dan Kami (Bab 1)

Dia selalu melihat seorang lelaki dari luar tingkap biliknya. Walaupun dia selalu melihatnya, dia tidak pernah menyapanya. Setiap petang, dia akan memandang ke arah luar tingkap dan mencari kelibat mahkluk yang sering membuat jantungnya berdenyut dengan lebih laju. Walaupun lelaki itu tidak pernah memandang ke arah tingkapnya, dia masih lagi setia memerhatikan gerak geri lelaki tersebut. Entah mengapa, hatinya terasa sesuatu yang dia tidak mengerti

"ko ni nak jadi stalker dia ker?"

Dia terkejut pabila mendengar suara yang dia sangat mengenali itu. Dia toleh ke belakang dan secara tiba-tiba dia tergelincir ke belakang dan kepalanya terhantuk di tingkap itu.

"Kau ni kalo terperanjat, memang senang jatuh eh?" 

"Hana!!" Dia menjerit. Mana taknya, dia telah dikejutkan sebegitu sekali

"Ala, sorry la Fina." Jawab Hana sambil ketawa " Kau tengok budak tu macam orang nak makan tau. Tah ape kebende yang kau pikirkan pon aku tak tau. Man, I should have record that and upload it on Youtube or FB. Kelakar sangat la!!" 

Hana ketawa terbahak-bahak. Dia tidak menyangka bahawa  akan terkejut sampai macam tu sekali. Fina bergerak pantas ke arahnya dan menepuk bahu mereka. Tepukan bahu itu dibalas dengan tendangan oleh Hana. Tendangan itu pula dibalas oleh Fina dengan pukulan pantasnya. Dan pukulan balas-berbalas itu berterusan sehingga memecahkan derai tawa antara dua sahabat ini. Tanpa disedari, mereka diperhatikan oleh lelaki tersebut, dari luar tingkap.


*************************


Fina mengambil beberapa helai baju hariannya daripada almari lalu melatakkan baju itu di atas katil empuknya. Dia kemudiannya membuka laci almarinya dan mengambil beberapa wang daripada tabung simpanannya itu. Setiap baju dan kasutnya dia menyumbatkan dalam beg tariknya itu. Walaupun beg itu kelihatan penuh, die tetap memenuhkan beg itu dengan baju-bajunya itu

" Kak ni nak balik asrama ker atau nak lari dari rumah?" Seorang budak lelaki datang kearah Fina. Fina menjeling dan kembali mengemas barang-barangnya itu

" Apa salahnya. Akak packing macam-macam so that toksah la diowang sebuk nak datang every weekend hantar barang-barang yang aku tertinggal" Fina menjawab pantas, tanpa memperdulikan budak lelaki itu membuka almarinya itu

" Haha, yang tu Akmal tau. Akak malas nak susahkan mama and papa kan. Tapi yang Akmal tak paham ni, tak kan la semua barang dalam almari ni akak nak bawak kat sana? Almari kat sana pon bukannya besau macam kat bilik akak ni" Akmal menutup almari tersebut dan memandang kearah kakaknya yang telah berhenti mengemas barangnya

" Tahun ni, budak high schoolers dapat bigger room. Dua orang satu bilik. Almari pon besar gedabak jugak la. And, ko paham paham la yang high schooler balik rumah time cuti panjang jer. Cuti dua tiga hari dah tak wujud dalam kamus high schoolers la" Jelas Fina

" Macam tu sekali? so, Akmal hanye leh jumpe akak time cuti la eh. Lama la kak" rungut Akmal. 

" Ape nak wat and by the way, bukan akak tak nak susahkan mama and papa. Kalau boleh, tiap-tiap hari akak suruh diowang jenguk akak kat sana"

"Habis tu, apa maksud akak yang 'tok sah diowang datang' tu" tanya Akmal, sedikit kehairanan.

Fina memandang ke arah Akmal dan mengankat bahunya. Lalu dia menunjukkan jari telunjuknya ke arah dua orang lelaki yang masuk ke biliknya. Akmal hanya mengeluh, tanda dia paham akan maksud kakaknya itu

Dua orang lelaki itu masuk ke bilik Fina dan memandang sekeliling bilinya itu. Mereka berdua berjalan ke arah Fina dan secara tiba, salah seorang daripada mereka memunggahkan beg yang baru sahaja selasai dikemaskan oleh Fina. Fina  tergamam pabila melihat begnya dikisai semula oleh lelaki tersebut

" Khai, apa masalah kau ni" teriak Fina. Secara tiba-tiba, Khai menarik lengan Fina dan terus memeluknya

" Affina, sure ke Fina balik time cuti panjang je dan bukan sebulan dua kali macam sebelum ni? Abang tanya ni jawablah Fina" tanya Khai dengan nada kebudak-budakan. Fina yang masih dalam pelukan abangnya itu melolak sekuat-kuat hati pelukan erat abangnya itu dan memandang terus ke mata coklat abangnya itu

"A'ah Khai, so toksah la Khai ganggu hidup Fina lagi and let go of me la!" Fina menendang kaki abangnya itu namun pelukan abangnya masih lagu erat

" Saf, she calling me 'Khai'!" ngadu Khai kepada Safwan yang memandang tepat ke arah Fina

" Khai, selagi dia tak panggil kau Abang, jangan lepaskan dia" Setelah mendengar kata abangnya yang lagi satu tu, Affina terus menerus menendang kaki Khai. Khai dan Safwan hanya ketawa melihat telatah adiknya itu. Akmal hanya menggeleng kepalanya, dan melihat kearah pintu apabila pintu bilik itu diketuk oleh pembantu rumah mereka

" Affina, barang dah siap...packing ker?" pembantu rumah itu memandang Affina yang berada dalam pelukan abangnya, Khai. Matanya makin membular apabila melihat barang-barang Affina berterabur di atas katilnya itu. Dia menggeleng kepalanya dan berjalan terus ke arah mereka. 

Habis la aku...



**************


Affina berlari sambil menarik beg tariknya itu. Dia hanya sempat bersalaman dengan ibu bapanya sebelum bergegas ke Dewan untuk pengambilan kunci dan pendaftaran. Dia tidak sangka dia akan lewat ke sekolah untuk sesi peragihan bilik. Kalau boleh dia nak datang awal supaya senang dia memilih bilik dan katil yang sedap dibaringi. Baginya, pemilihan bilik untuk High Schoolers memang penting kerana dia akan duduk didalam bilik itu sampai tamatnya peperiksaan SPM. Jikalau salah pilih bilik, permohonan untuk pertukaran bilik tidak akan dilayan

Affina tercungap-cungap apabila sampai ke blok asrama Fourth Formers yang akan menjadi blok Fifth Former pada tahun hadapan. Dia memandang blok asrama 3 tingkat tersebut. haraplah roommate aku bukan Si diva tu. Dia menarik nafas sedalam dalamnya dan meneruskan perjalanannya ke Blok tersebut sebelum dia terdengaran suara yang memanggilnya. Dia toleh ke belakang mencari empunya suara tersebut. Rupa-rupanya, Hana

" Woi, asal lambat?" bahunya terus ditampar kuat oleh Hana. Kesakitan jelas terasa memandangkan Hana merupakan juara Karate yang hanya berbadan kecil

" Beg aku dikisai oleh you-know-who. Sebab tu la lambat" balas Fina sambil memegang bahunya yang sakit.

"You-know-who? Voldermort? since when ko jadi target Voldermort lak ni? Bukan sepatutnya Harry Potter ker?" usik Hana

" Ke situ lak ko pergi yer. Si kembar la" balas Fina dengan tendangan dikaki Hana. Nasib sempat dielak oleh Hana

" Oh, Abang Khai and Abang Safwan. Patut la lambat" Jawab Hana mengerti " Sorry, i'm not your roommate, Fina"

"what? then sape duk sebilik ngan ko?"

" Miss Diva. Ah, benci benci benci. Kalau ko datang awal tadi, memang sah aku sebilik ngan ko. Tapi, since ko lambat, Aku tercampak ke Miss Diva. Oh my, I'm doomed with her pinkiness, NO!!"

"blame on the twins for making me late" Fina mengeluh " Han, Can you help me with these bags?"

"sure la" Hana mengangkat beg Affina "Berat gila, kau bawak batu ke ni?" 

Affina hanya tersenyum dan terus menaiki tangga ke tingkat tiga. Sampai ke bilik, Affina melihat bilik itu kosong tapi dia tak kesah, janji selesa. Permandangan luar cantik, berhadapkan taman bunga milik perkebun asrama puteri di sini. Dia memilih katil yang empuk dan terus baring. Dia kepenatan. Setelah meletakkan barang, Hana mengundurkan dirinya untuk kembali ke biliknya di tingkat 1. Setelah pintu biliknya tertutup, Affina menarik nafas lega. Lega kerana dapat bilik yang selesa dan juga lega bahawa akhirnya dia keseorangan. Dia membuka sketch padnya. Dia menatap lukisan yang dia lukis sepanjang cuti 2 bulan itu. Lukisan yang membuatkan perasaannya merasa tidak menentu. Lukisan seorang lelaki yang dia hanya dapat memerhatikan dari tingkap biliknya sahaja.

Sedang asyik dia melihat lukisan lelaki tersebut, pintu tersebut terbuka. Dia memandang ke arah pintu tersebut. Seorang gadis berambut coklat masuk ke biliknya. Dia tidak pernah melihat gadis tersebut. Perlajar baru, mungkin. Gadis tersebut mempunyai dua pasang mata yang berwarna coklat kekuning-kuningan. Hidungnya mancung sedikit dan bibirnya kecil. Wajahnya yang cerah itu menanmbahkan seri dimukanya. Dia kelihatan seperti berdarah kacukan dengan keturunan Inggeris. 

Apabila gadis tersebut memandang tepat ke arah Affina, dia merasakan bahawa seolah-olah dia kenal dengan wajah itu. Wajah itu sangat dikenali oleh Affina dan apabila dia perasan, gadis itu seiras dengan lelaki yang sering dia perhatikan dari luar tingkap biliknya. Dia tergamam

"Assalamualaikum," gadis tersebut akhirnya membuka mulut, memberi salam

"waalaikumussalam" jawab Affina, perlahan


Bersambung..............

No comments:

Post a Comment